Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bertemu kita di entry saya yang pertama ingin berkongsi dengan kalian tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada pelajar. Selain itu, Penggunaan ICT juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.
Salah satu aplikasi yang saya gunakan dalam pengajaran di dalam
kelas ialah Quizizz. Quizizz adalah salah satu aplikasi yang dapat menarik
perhatian pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal
ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa soalan berbentuk kuiz atas
talian yang perlu menggunakan Internet. Aplikasi Quizizz ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan pelajar berbanding kaedah lama kuiz yang
hanya menggunakan kertas dan pen. Penggunaan aplikasi Quizizz pula berbeza
iaitu memerlukan pelajar menggunakan telefon pintar dan juga Internet. Jadi,
pelajar perlu menjawab soalan kuiz yang dipaparkan di skrin telefon pintar
mereka. Quizizz juga adalah antara pilihan terbaik untuk penilaian semasa kuiz.
Kelas yang terlibat dalam penggunaan aplikasi Quizizz ialah kelas tingkatan 4A Zhong yang terdiri daripada 55 orang pelajar. Pengajaran pada hari tersebut ialah peribahasa dalam Bahasa Malaysia. Pada mulanya saya menerangkan tentang jenis peribahasa yang terdapat dalam Bahasa Malaysia kepada pelajar dengan menggunakan “Microsoft powerpoint”. Ketika saya menggunakan “Microsoft powerpoint”, suasana kelas dalam keadaan kondusif.
Selepas penerangan berkenaan jenis peribahasa yang terdapat dalam Bahasa Malaysia, saya telah memberi latihan peribahasa dalam bentuk kuiz kepada pelajar untuk menguji tahap pemahaman mereka. Saya telah mengemukakan 20 soalan peribahasa dalam Bahasa Malaysia yang mempunyai 4 pilihan jawapan bagi setiap soalan. Saya telah menggunakan aplikasi Quizizz untuk menguji tahap pemahaman pelajar dalam peribahasa.
Selepas penerangan berkenaan jenis peribahasa yang terdapat dalam Bahasa Malaysia, saya telah memberi latihan peribahasa dalam bentuk kuiz kepada pelajar untuk menguji tahap pemahaman mereka. Saya telah mengemukakan 20 soalan peribahasa dalam Bahasa Malaysia yang mempunyai 4 pilihan jawapan bagi setiap soalan. Saya telah menggunakan aplikasi Quizizz untuk menguji tahap pemahaman pelajar dalam peribahasa.
Sebelum Quizizz bermula, guru perlu memberikan nombor kod akses untuk pelajar memasukkan nombor kod bagi membolehkan mereka menyertai permainan Quizizz dalam kelas maya tersebut. Kemudian, pelajar perlu memasukkan nombor kod akses yang tertera di skrin hadapan kelas pada telefon pintar mereka dan juga menulis nama masing-masing tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz. Apabila semua pelajar sudah menyempurnakan semua yang disebutkan tadi dan telah bersedia, maka guru boleh tekan butang “start game”.
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan aplikasi Quizizz di dalam
kelas, pelajar berasa sangat teruja dan bersemangat untuk menjawab soalan kuiz atas talian tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana aplikasi Quizizz
mempunyai muzik ketika soalan dipaparkan dan juga tulisannya yang berwarna
warni menjadikan ia lebih menarik dan menyeronokkan. Ketika permainan kuiz atas talian ini berlangsung,
suasana kelas menjadi sangat ceria dan tidak membosankan apabila pelajar dapat
menjawab dengan betul.
Pelajar masing-masing berlumba-lumba untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk menduduki tempat yang teratas. Melalui aplikasi Quizizz, nama pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan cepat akan dipamerkan di “leaderboard ” menjadikan pelajar berasa sangat gembira dan berusaha untuk mengekalkan kedudukan mereka.
Gambar di atas adalah contoh soalan kuiz atas talian yang saya gunakan dalam pengajaran dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Daripada pemerhatian saya, semua pelajar mengambil bahagian untuk menjawab soalan peribahasa atas talian ini. Permainan kuiz atas talian ini menjadi menarik dan tidak membosankan pelajar kerana pilihan jawapan bagi soalan peribahasa mempunyai pelbagai jenis warna. Hal ini juga menjadikan kelas lebih ceria kerana semua pelajar berasa teruja untuk menjawab soalan kuiz.
Setelah pelajar menjawab semua soalan
kuiz, guru perlu menamatkan permainan Quizizz ini. Apabila Quizizz ditamatkan,
senarai lima orang pelajar yang mencatatkan markah tertinggi dan menjawab
soalan dengan cepat akan dipaparkan di “leaderboard ”. Ketika senarai
nama lima orang pelajar dipaparkan di “leaderboard ”, guru telah
mengumumkan nama pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar berasa sangat gembira kerana nama mereka tersenarai di kedudukan
teratas dan kelas menjadi sangat ceria.
Senarai markah untuk semua pelajar juga
turut dipaparkan di “leaderboard ” selepas permainan Quizizz tamat. Dengan adanya markah semua pelajar di 'leaderboard', saya dapat melihat prestasi dan tahap pemahaman pelajar
terhadap latihan peribahasa yang telah saya berikan. Oleh itu, aplikasi Quizizz ini memudahkan guru kerana guru tidak
perlu mengambil masa yang lama untuk menyemak latihan mereka berbanding kaedah
kuiz yang lama mengambil masa yang panjang. Jadi, aplikasi Quizizz ini sangat
sesuai digunakan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas untuk menarik minat pelajar dan menjadikan pengajaran lebih menarik.
Pelajar juga lebih memberi perhatian di dalam kelas dan pelajar tidak akan berasa bosan melalui aktiviti ini.
Pelajar masing-masing berlumba-lumba untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk menduduki tempat yang teratas. Melalui aplikasi Quizizz, nama pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan cepat akan dipamerkan di “leaderboard ” menjadikan pelajar berasa sangat gembira dan berusaha untuk mengekalkan kedudukan mereka.
Di atas adalah rakaman video penggunaan salah satu teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Quizizz yang telah saya gunakan di dalam kelas.
Kelemahan
aplikasi Quizizz dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp)
Aplikasi Quizizz ini juga
terdapat kelemahannya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Contohnya, soalan peribahasa tidak dipaparkan di “leaderboard ” di
hadapan kelas dan soalan hanya dipaparkan di skrin telefon pintar pelajar
sahaja. Selain itu, soalan yang dipaparkan di skrin telefon pintar pelajar
tidak sama bagi setiap pelajar. Jadi, guru tidak dapat menganalisis tahap
pemahaman pelajar bagi setiap soalan peribahasa. Gambar di bawah ini menunjukkan pelajar sedang menjawab soalan kuiz atas talian di telefon pintar mereka.
Selain dari segi aplikasi Quizizz, penggunaan telefon pintar di
dalam kelas juga akan menyebabkan pelajar menyalahgunakan telefon mereka untuk
melayari Internet dan perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti kelas pada
hari tersebut. Pelajar juga perlu menggunakan Internet untuk menyertai kuiz atas talian dalam aplikasi Quizizz.
Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menyertai Quizizz untuk menjawab soalan peribahasa semasa aktiviti dijalankan disebabkan telefon pintar mereka tidak mempunyai Internet dan kelajuan Internet di telefon pintar sangat perlahan. Oleh itu, penggunaan komputer lebih sesuai untuk menjalankan aktiviti kelas dengan menggunakan aplikasi Quizizz kerana kelajuan Internet di setiap komputer adalah sama. Jadi, semua pelajar dapat menyertai aktiviti kelas ini.
Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menyertai Quizizz untuk menjawab soalan peribahasa semasa aktiviti dijalankan disebabkan telefon pintar mereka tidak mempunyai Internet dan kelajuan Internet di telefon pintar sangat perlahan. Oleh itu, penggunaan komputer lebih sesuai untuk menjalankan aktiviti kelas dengan menggunakan aplikasi Quizizz kerana kelajuan Internet di setiap komputer adalah sama. Jadi, semua pelajar dapat menyertai aktiviti kelas ini.
Cadangan atau
penambahbaikan
Secara keseluruhannya, aplikasi Quizizz ini memang sangat sesuai
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana kaedah ini dapat membantu dan memudahkan guru semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas. Selain itu, kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana kebanyakan pelajar kurang berminat dalam subjek Bahasa Malaysia. Seterusnya, suasana kelas akan menjadi lebih ceria kerana semua pelajar mengambil bahagian menyertai aktiviti ini. Oleh itu, pihak sekolah perlu berusaha
untuk menambah bilangan bilik komputer untuk menjalankan aktiviti kelas seperti
ini. Jelaslah, penggunaan aplikasi Quizizz dapat mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Penggunaan aplikasi Quizizz memang sangat menarik dan membantu guru di dalam kelas..
ReplyDeleteMenarik & memudahkan proses p&p.Periode 10 sesuai sangat guna kedah ni.Teruskan usaha.Semoga cemerlang.
ReplyDelete