Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bertemu kita kembali di entry saya yang kedua. Selain menggunakan aplikasi Quizizz, saya juga telah menggunakan
aplikasi Kahoot dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Aplikasi Kahoot
ini sangat menarik untuk digunakan di dalam kelas kerana pelajar akan berminat
untuk belajar sesuatu subjek tersebut. Hal ini disebabkan oleh pelajar perlu
menggunakan telefon pintar dan Internet untuk menjawab soalan kuiz atas talian.
Jadi, pelajar tidak akan berasa bosan untuk mempelajari sesuatu subjek di dalam kelas.
Terdapat sedikit perbezaan antara aplikasi Kahoot dan Quizizz. Aplikasi Kahoot
merupakan suatu kaedah pembelajaran melalui permainan interaktif yang
mengandungi unsur persaingan yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Selain itu, aplikasi Kahoot juga menjadikan kelas lebih ceria disebabkan oleh
pelajar menjawab soalan kuiz atas talian di telefon pintar mereka berdasarkan
soalan di skrin di hadapan kelas. Guru juga telah memberi tempoh masa selama 30
saat bagi setiap soalan. Jadi, pelajar perlu menjawab dengan cepat dan tepat
bagi membolehkan mereka berada di kedudukan teratas.
Analisis selepas Pelaksanaan
Kelas yang terlibat dalam penggunaan aplikasi Kahoot ini ialah kelas
tingkatan 4S Yi yang terdiri daripada 53 orang pelajar. Pengajaran pada hari
tersebut ialah berkenaan sistem bahasa dalam Bahasa Malaysia. Pada awalnya, saya menerangkan tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas kepada pelajar. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran adalah
salah satu kaedah yang terkini yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar
secara aktif. Antaranya ialah penggunaan aplikasi Kahoot dalam bentuk kuiz. Saya juga telah menerangkan cara untuk menjawab soalan kuiz kepada pelajar berdasarkan
penggunaan aplikasi Kahoot ini.
Untuk menyertai kuiz dalam talian ini, pelajar perlu 'log in' untuk bermain permainan kahoot. Kemudian mereka perlu memasukkan nombor kod akses yang tertera di skrin hadapan kelas yang telah diberikan oleh guru di telefon pintar masing-masing. Pelajar juga perlu menulis nama masing-masing tanpa perlu mendaftar dengan Kahoot.
Gambar di atas menunjukkan nombor kod akses yang perlu dimasukkan oleh pelajar untuk menyertai kuiz Kahoot dalam kelas maya. Setelah semua pelajar sudah bersedia, maka guru boleh tekan butang "start game".
Terdapat 20 soalan sistem bahasa dalam Bahasa Malaysia telah dikemukakan oleh guru kepada pelajar. Soalan sistem bahasa ini mempunyai 4 pilihan jawapan bagi setiap soalan untuk menguji tahap pemahaman pelajar. Pelajar perlu membaca soalan di skrin hadapan kelas dan menjawab dengan memilih jawapan iaitu pilihan warna di telefon pintar mereka. Guru telah menggunakan aplikasi Kahoot ini untuk menguji tahap pemahaman pelajar berkenaan sistem bahasa dalam Bahasa Malaysia.

Kebaikan
penggunaan Aplikasi Kahoot di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Berdasarkan pemerhatian saya menggunakan aplikasi Kahoot di dalam
kelas, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan
menarik. Hal ini disebabkan oleh terdapat bunyi muzik ketika soalan dipaparkan
menjadikan permainan Kahoot sangat menarik perhatian pelajar. Aplikasi Kahoot ini juga terdiri daripada
pilihan jawapan yang berwarna yang perlu dipilih oleh pelajar pada skrin telefon
pintar mereka. Kemudian terdapat tempoh masa yang diberikan oleh guru bagi
setiap soalan menyebabkan mereka perlu menjawab dengan cepat.
Sekiranya pelajar dapat menjawab dengan cepat dan betul, nama pelajar akan tertera di skrin hadapan kelas bagi setiap soalan. Jadi, pelajar akan menjadi bersemangat untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan ingin bersaing dengan rakan-rakan mereka yang lain untuk berada di kedudukan teratas. Hal ini menyebabkan suasana kelas menjadi sangat ceria dan pelajarnya pula menjadi aktif untuk menjawab soalan sistem bahasa. Ini menunjukkan aplikasi Kahoot sangat membantu saya untuk menarik minat pelajar untuk belajar subjek Bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa menggunakan teknologi dalam pengajaran, saya sukar untuk menarik perhatian pelajar yang berbangsa Cina untuk belajar Bahasa Malaysia. Bagi mereka subjek Bahasa Malaysia sangat sukar dan membosankan.
Selain itu, apa yang menariknya lagi aplikasi Kahoot ini ialah terdapat soalan dan pilihan jawapan dipaparkan di skrin di hadapan kelas. Jadi, saya boleh menerangkan setiap soalan yang dikemukakan kepada pelajar. Ini menjadikan terdapat interaksi antara guru dan pelajar.

Pelajar hanya perlu memilih jawapan yang tepat mengikut pilihan warna yang tertera pada telefon pintar mereka. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan aplikasi Kahoot di dalam kelas.
Melalui aplikasi Kahoot ini, guru boleh menganalisis tahap pemahaman pelajar bagi setiap soalan dalam sistem bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana bilangan pelajar yang menjawab bagi setiap pilihan jawapan akan tersenarai di skrin di hadapan kelas. Jadi, guru boleh mengetahui tahap pemahaman pelajarnya terhadap sistem bahasa bagi setiap soalan dengan cepat berbanding kaedah kuiz yang lama memerlukan masa yang agak panjang untuk menyemak dan menganalisis tahap pemahaman pelajar. Penggunaan aplikasi Kahoot ini dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Aplikasi Kahoot ini juga dapat membantu guru mengenal pasti tahap kesukaran bagi setiap soalan kerana guru boleh melihat bilangan pelajar yang dapat menjawab dengan tepat. Jadi, guru boleh mengukuhkan tahap pemahaman pelajar dengan memperbanyakkan lagi latihan untuk bahagian yang pelajar masih tidak dapat kuasai.
Selain itu, setelah pelajar menjawab soalan kuiz Kahoot nama pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan cepat pula akan dipaparkan di “scoreboard” di hadapan kelas. Hal ini menjadikan suasana kelas menjadi agak bising dan menyeronokkan kerana pelajar berasa sangat teruja dan gembira apabila melihat nama mereka tersenarai di skrin di hadapan kelas. Mereka juga menjadi lebih bersemangat untuk menjawab soalan yang berikutnya. Situasi ini dapat menimbulkan nilai positif dalam diri mereka untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk berada di kedudukan teratas.
Setelah 20 soalan kuiz tamat, tiga nama pelajar yang mencatatkan
jumlah markah tertinggi dan paling cepat menjawab semua soalan kuiz akan
dipaparkan di skrin di hadapan kelas. Sekiranya terdapat dua orang pelajar yang
mencatatkan markah yang sama, kepantasan menjawab soalan yang dapat membezakan
kedudukan mereka.
Ketika senarai nama tiga orang pelajar dipaparkan di skrin di hadapan kelas, pelajar berasa sangat gembira kerana nama mereka tersenarai di kedudukan teratas dan kelas menjadi sangat ceria. Di sini saya boleh mengetahui jumlah markah tiga orang pelajar yang mencatatkan markah tertinggi yang dapat menguasai sistem bahasa dengan baik.

Video di atas adalah rakaman video penggunaan aplikasi Kahoot yang saya gunakan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kelemahan
aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Penggunaan aplikasi Kahoot ini juga terdapat kelemahannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru tidak dapat mengetahui markah semua
pelajar setelah soalan kuiz tamat. Guru hanya dapat mengetahui markah tiga
orang pelajar yang mencatatkan markah tertinggi sahaja. Jadi, guru tidak dapat
menganalisis dan sukar mengetahui tahap pemahaman setiap pelajar di dalam kelas
tersebut. Selain itu, penggunaan aplikasi Kahoot yang menggunakan Internet
menyebabkan beberapa orang pelajar tidak dapat menyertai kuiz Kahoot kerana
kelajuan Internet di telefon pintar pelajar sangat perlahan.
Selain itu, penggunaan telefon pintar untuk menyertai permainan kuiz
melalui aplikasi Kahoot juga menyebabkan tidak semua pelajar dapat menyertainya.
Hal ini disebabkan oleh terdapat beberapa orang pelajar yang tidak memiliki
telefon pintar. Oleh itu, penggunaan komputer lebih sesuai untuk menjalankan
aktiviti kelas dengan menggunakan aplikasi Kahoot kerana kelajuan Internet di
setiap komputer adalah sama. Jadi, semua pelajar dapat menyertai aktiviti kelas
ini.
Cadangan atau
penambahbaikan
Secara keseluruhannya, aplikasi Kahoot ini memang sangat sesuai
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana kaedah ini dapat mewujudkan persaingan secara sihat antara pelajar
untuk menjawab soalan untuk berada di kedudukan teratas. Jadi, melalui aplikasi
Kahoot ini proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
kerana pelajar minat untuk belajar subjek Bahasa Malaysia di dalam kelas. Suasana
kelas pula akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Oleh itu, untuk
menggunakan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran pihak sekolah
perlu berusaha untuk menambah bilangan bilik komputer untuk menjalankan
aktiviti kelas seperti ini. Penggunaan aplikasi Kahoot juga dapat mendedahkan
kepada pelajar penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Bagus๐๐. Rasanya kena belajar juga macam mana nak buat Kahoot ni. Biar gempak sikit masuk kelas๐๐
ReplyDeleteBagus๐๐. Rasanya kena belajar juga macam mana nak buat Kahoot ni. Biar gempak sikit masuk kelas๐๐
ReplyDeletePerkongsian yang baik.Salah satu cara menarik minat pelajar, terutamanya pelajar kelas belakang.Kelas 2Hui bole buat macam ni.
ReplyDeleteBagus..Perkongsian yang baik untuk membantu guru dalam pdp.
ReplyDelete