Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Dalam entry ini, saya ingin berkongsi tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu myteach.Terdapat banyak kelebihan menggunakan kemudahan teknologi ini.
Analisis selepas Pelaksanaan
Penggunaan teknologi seperti myteach dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjadikan suasana belajar lebih menarik terutamanya dalam pengajaran puisi moden. Hal ini dikatakan demikian kerana myteach ini mempamerkan imej dan visual yang menarik serta berwarna warni menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan pelajar. Selain itu, terdapat juga kesan audio dan imej suara digunakan dalam myteach dapat mengelakkan murid mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi yang terdapat dalam myteach. Jadi, suasana kelas akan menjadi menarik dan pelajar-pelajar pula akan lebih aktif mengikuti aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
Kelas yang terlibat dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu myteach ialah kelas tingkatan 4A Zhong yang terdiri daripada 55 orang pelajar. Pengajaran pada hari tersebut ialah berkenaan puisi moden tingkatan empat iaitu Sajak Gelanggang yang terdapat dalam buku Antologi Teks Komponen Sastera (KOMSAS) Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Sebelum saya menerangkan maksud setiap rangkap Sajak Gelanggang, saya telah menanyakan kepada pelajar tentang tiga sajak yang telah dipelajari dalam kelas iaitu Sajak Sang Gembala Kuda, Sajak Aku Membaca Lagi dan Sajak www.sibermerdeka.com.my. Hal ini adalah disebabkan oleh saya ingin menguji tahap pemahaman pelajar terhadap pengajaran sajak yang telah dipelajari sebelum ini. Bagi saya, penggunaan myteach ini dianggap sesuai dan berkesan dalam pengajaran sajak kerana sajak agak membosankan menyebabkan pelajar kurang memberi perhatian di dalam kelas. Jadi, penggunaan myteach dalam pengajaran puisi moden iaitu sajak dapat menarik pelajar untuk belajar. Penggunaan myteach ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan terhadap pengetahuan yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.
Kelebihan
Penggunaan myteach dalam Pengajaran Puisi Moden
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu myteach dalam pengajaran sajak, penggunaan myteach ini dapat menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini disebabkan oleh terdapat kesan audio dan imej suara digunakan dalam myteach. Jadi, pelajar dapat mendengar kesan audio dan imej suara tersebut mendeklamasikan sajak apabila guru menggunakan myteach dalam pengajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan myteach, pelajar dapat mendengar dan belajar untuk mendeklamasikan setiap baris sajak dengan nada dan intonasi yang betul. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi menarik dan tidak membosankan pelajar. Sekiranya saya tidak menggunakan myteach di dalam kelas, pelajar kurang memberi perhatian sewaktu pengajaran kerana kebanyakan pelajar tidak berminat untuk belajar sastera Bahasa Melayu kerana ia sangat membosankan mereka.
Setelah guru memainkan imej suara dalam myteach iaitu Sajak Gelanggang, saya telah memanggil lima orang pelajar ke hadapan kelas untuk mendeklamasikan setiap rangkap sajak. Jadi, pelajar dapat melatih diri mereka untuk mendeklamasikan sajak dengan nada dan intonasi yang betul. Dengan ini, pengajaran puisi moden iaitu sajak akan menjadi lebih menarik kerana pelajar aktif melibatkan diri di dalam kelas dan akan menjadikan suasana kelas lebih ceria.
Seterusnya, apabila setiap pelajar selesai mendeklamasikan setiap rangkap sajak, saya telah meminta pelajar untuk menggariskan perkataan yang tidak difahami dan menulis maksud perkataan tersebut bagi setiap rangkap sajak supaya pelajar dapat memahami maksud sajak dengan baik.
Selain penggunaan kesan audio dan imej suara dalam myteach, maksud setiap rangkap sajak pula telah mempamerkan imej dan visual yang menarik serta berwarna warni menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Selain itu, penggunaan imej dan visual di dalam sajak juga dapat mengelakkan pelajar mudah berasa jemu dan bosan ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui teknologi yang terdapat dalam myteach. Dengan gaya persembahan yang menarik dalam pengajaran sajak ini, saya dapat lihat tahap pemahaman pelajar untuk memahami maksud setiap rangkap sajak juga semakin meningkat dan juga semakin baik. Proses pengajaran dan pembelajaran pula akan menjadi lebih menyeronokkan dan tidak membosankan pelajar. Penggunaan teknologi dalam myteach untuk pengajaran sajak juga dapat menarik perhatian pelajar supaya mereka memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Video di atas adalah salah satu rakaman video penggunaan myteach yang saya gunakan di dalam kelas dalam pengajaran puisi moden iaitu Sajak Gelanggang.
Kelemahan Penggunaan Myteach dalam Pengajaran Puisi Moden
Terdapat
juga kelemahan penggunaan myteach dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Antara kelemahannya ialah tulisan yang digunakan dalam myteach terlalu kecil. Hal ini disebabkan oleh setiap rangkap sajak mempunyai banyak baris. Maksud sajak juga agak panjang menyebabkan ruang untuk menulis terhad hingga menjadikan tulisan tersebut kecil. Selain itu, warna tulisan yang digunakan oleh guru kurang sesuai menyebabkan pelajar tidak dapat melihat dengan jelas maksud sajak. Warna tulisan di myteach yang
kurang jelas juga menyebabkan pelajar tidak dapat memberi tumpuan dengan baik ketika
pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu memastikan tulisan dan warna
tulisan yang akan digunakan pada myteach adalah bertulisan besar dan
sesuai.
Cadangan dan
penambahbaikan
Bagi
memastikan pengajaran guru di dalam kelas berjalan dengan lancar, guru perlu
memastikan saiz dan warna tulisan yang akan digunakan dalam myteach sesuai untuk pengajaran
di dalam kelas. Hal ini
dikatakan demikian kerana pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika
sesi pengajaran sekiranya tulisan yang digunakan oleh guru jelas. Selain itu, guru perlu memastikan pelajar membaca dan memahami puisi moden sebelum sesi pengajaran berlangsung agar pelajar dapat memahami dengan baik puisi moden tersebut.
Kesimpulannya, penggunaan myteach banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya myteach, pengajaran juga menjadi lebih mudah dan dapat berjalan dengan lancar. Jadi, penggunaan myteach dalam kelas sangat sesuai digunakan dalam pengajaran puisi moden supaya pengajaran tersebut menjadi lebih menarik dan tidak membosankan pelajar.
Kesimpulannya, penggunaan myteach banyak membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya myteach, pengajaran juga menjadi lebih mudah dan dapat berjalan dengan lancar. Jadi, penggunaan myteach dalam kelas sangat sesuai digunakan dalam pengajaran puisi moden supaya pengajaran tersebut menjadi lebih menarik dan tidak membosankan pelajar.
Usaha yang baik.Teruskan usaha anda.
ReplyDeleteMemang sangat membantu dalam p&p..
ReplyDelete